WELCOME TO MOONAZ - SWIMMER’S HEAVEN
kesihatan jantung

5 Tips Menjaga Kesihatan Jantung

Nak Dapatkan Info Kesihatan dan Sukan Terkini? Sertai Durra Active Health Lifestyle

Kesihatan jantung? Pernah tak korang terfikir sekiranya korang ada masalah kesihatan jantung? Masalah kesihatan jantung ini terjadi bukan dikalangan orang tua sahaja bahkan golongan muda juga boleh kena masalah jantung. Golongan muda dan tua perlu menyedari kepentingan menjaga kesihatan jantung. Semakin cepat korang mengamalkan tips kesihatan jantung, semakin besar manfaatnya untuk diri.  

Selain saringan pemeriksaan awal yang membantu mencegah masalah berkaitan penyakit jantung, korang juga dapat mengubah dan mengamalkan gaya hidup lebih baik, ia secara tidak langsung dapat mengawal banyak perkara yang boleh mempengaruhi kesihatan jantung.

5 Tips Menjaga Kesihatan Jantung

5 tips yang boleh diamalkan untuk penjagaan jantung yang sihat demi kualiti hidup yang lebih sempurna dan kesejahteraan diri!

1. Senaman

kelebihan bersenam
Sentiasa aktif dapat membantu mengekalkan tahap kesihatan diri seiring pertambahan usia. Ianya juga dapat mengekalkan tahap tekanan darah, gula dan kolesterol darah dalam lingkungan yang sihat. Korang boleh pilih aktiviti yang sesuai seperti senamrobik, yoga, senaman regangan otot dan senaman kekuatan amat sesuai untuk kesihatan jantung serta tingkatkan kekerapan mengikut masa.Banyak kelebihan bersenam anda dapat perolehi. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 5 kali seminggu ataupun 30 minit setiap sesi membantu mencegah penyakit kardiovaskular dengan melambatkan proses aterosklerosis dan menstabilkan tekanan darah. Bermulalah awal supaya tubuh badan dan jantung tidak berdepan dengan kejutan apabila dilakukan secara tiba-tiba.

2. Makan secara sihat

Salah satu cara terbaik untuk menjaga kesihatan jantung korang adalah memastikan diet terdiri daripada pelbagai jenis makanan sihat. Pilih makanan yang rendah dengan lemak tepu dan kolesterol. Pilih bahagian daging yang kurang berlemak, dan kurangkan makanan bergoreng. Makan ikan setiap hari dan pilih ikan laut dalaman seperti ikan salmon atau sardin, 2 kali seminggu.

Makan buah-buahan dan sayuran kerana ianya merupakan sumber serat, vitamin-vitamin dan mineral, serta fitokimia yang baik untuk jantung korang. Juga penting untuk korang menghadkan jumlah garam yang korang makan kerana terlalu banyak garam boleh memberi kesan negatif terhadap tekanan darah dan kesihatan jantung. 

3. Pengurusan stress

kesihatan jantung

Jangan pandang stress sebelah mata. Stress yang berlebihan mungkin merupakan punca tekanan darah meningkat dan meningkatkan bebanan terhadap jantung. Tangani stress dengan baik kerana ia akan mengurangkan hormon stress dan radikal bebas, seterusnya menyeimbangkan tekanan darah dan risiko strok. Jadi korang digalakkan untuk melakukan aktiviti seperti yoga, meditasi, berjalan-jalan di tepi tasik, ambil udara segar di taman kerana ia dapat membantu menenangkan diri dan mengurangkan stress.

Dari luar tak nampak pun tali tersebut. Ianya dijahit dibawah tudung. Dapatkan design tudung renang bertali di sini. Dan tudung ini sesuai untuk semua aktiviti sukan lain seperti berbasikal, jogging, berlari, hiking atau aktivi lasak lain.

4. Cukupkan waktu tidur

kesihatan jantung

Tidur malam yang berkualiti akan menentukan sama ada kita berasa lebih bertenaga atau sebaliknya pada esok hari. Apabila kita mendapat rehat yang mencukupi, secara tidak langsung kita akan lebih produktif. Ada beberapa tip yang boleh korang cuba untuk membantu lelap dengan lebih cepat atau tidur lebih lama:

  • Wujudkan rutin yang dapat membantu korang kekal tenang 30 minit sebelum waktu tidur. Seperti membaca, mengait atau bermeditasi.
  • Elakkan penggunaan alat peranti sebelum tidur. Ini kerana cahaya daripada skrin telefon bimbit, TV dan lain-lain akan merangsang otak lantas menyukarkan korang tidur.
  • Cuba tidur dan bangun pada waktu yang tetap. Ia akan bantu mengatur jam badan dan memudahkan korang untuk melelapkan mata.

5. Berhenti Merokok

kesihatan jantung

Tolonglah berhenti merokok! Sekiranya korang tak kesiankan keluarga, kasihanilah kepada diri sendiri. Kalau korang nak tahu, merokok boleh membawa kesan yang memudaratkan kepada sesiapa sahaja, terutamanya terhadap organ badan seperti paru-paru dan jantung. Merokok boleh merosakkan arteri dan mengancam fungsi jantung sehingga boleh membawa maut.

Oleh itu, penting bagi perokok tegar agar mempertimbangkan untuk berhenti merokok dan membantu diri mencegah daripada penyakit jantung. Sememangnya, ia memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi tetapi demi jantung yang sihat, lakukannya hari ini juga.

“Mencegah lebih baik daripada mengubati” bermaksud lebih baik kita mengambil langkah berjaga-jaga terlebih dahulu sebelum kita terkena penyakit yang susah untuk dirawat. Jaga kesihatan, kurangkan makanan yang berminyak dan lebihkan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan. Setiap usaha yang diambil untuk menjaga kesihatan adalah demi kehidupan yang berkualiti.Oleh itu, jangan abaikan kepentingan gaya hidup sihat dan pastikan jantung anda berada dalam keadaan baik sepanjang masa. Semoga info ini memberi manfaat kepada korang dan orang-orang tersayang.Ada juga peralatan sukan yang mudah guna, semasa dirumah untuk senaman, seperti jump rope untuk senaman kesihatan jantung.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
Leave a Reply

On Key

Related Posts

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping