WELCOME TO MOONAZ - SWIMMER’S HEAVEN
kelebihan bersenam

Kelebihan Bersenam Kepada Wanita Bekerja

Nak Dapatkan Info Kesihatan dan Sukan Terkini? Sertai Durra Active Health Lifestyle

Kenapa kita perlu bersenam? Haa korang mesti sudah hadam dengan soalan seperti ini kan. Ada juga antara kita yang terlalu sibuk bekerja sampai tak sempat nak bahagikan masa untuk bersenam kan? Banyak kelebihan yang bakal diperolehi sekiranya kita kerap melakukan aktiviti senaman, tak kiralah apa jenis senaman yang kita buat.

5 Kelebihan Bersenam Kepada Wanita Bekerja

Kepada wanita khususnya yang bekerja berikanlah masa anda beberapa minit untuk melakukan senaman ringkas. At least once or twice a week pun dah cukup. Badan kena berpeluh juga, jangan terperap je dekat rumah or asyik pergi mall, jalan-jalan cari makan je. Kita jaga badan masa muda, nanti time dah tua tak ada lah banyak penyakit yang mendatang kan.

Aktiviti Senaman ini tidak hanya dengan cara berjoging, berjalan atau melompat tetapi bagi korang yang berada di pejabat juga masih tiada alasan untuk bersenam. Antara senaman ringkas yang korang boleh lakukan adalah senaman otot bahu, senaman menggunakan jari dan juga kaki serta pusingkan pinggang.

Jom kita lihat apakah kelebihan bersenam bagi wanita yang bekerja!

1. Badan yang sihat meningkatkan produktiviti bekerja.

kelebihan bersenam
Korang kerap melakukan senaman di tempat kerja? Kalau ya, itu adalah satu kejayaan yang besar bagi tahap kesihatan badan dan kesihatan jantung korang tau. Korang hanya perlu melakukan pelbagai aktiviti fizikal di tempat kerja. Senaman di tempat kerja ini tidak susah pun, korang hanya perlu naik dan turun tangga ataupun berjalan jauh daripada tempat parking.Tubuh yang sihat dan cergas akan menghasilkan minda yang segar sekaligus akan membantu menghasilkan tahap produktiviti yang tinggi dan hasil kerja yang cemerlang, dimana dapat memberi manfaat besar kepada prasarana. Badan yang cergas juga dapat memberi tumpuan kepada tugas serta memberi perkhidmatan yang cemerlang setiap masa. Badan sihat, bonus pun dapat adalah kebaikan bersenam ini.

2. Meningkatkan imun badan dan elakkan ambil cuti sakit.

kelebihan bersenam

Sistem pertahanan badan atau sistem imun adalah sangat penting kerana ia berfungsi untuk menghalang kemasukan mikroorganisma kedalam badan bagi mengelak jangkitan serta melawan mikroorganisma yang berjaya masuk dalam badan.

Sistem pertahanan badan yang lemah akan menyebabkan badan mudah dijangkiti penyakit dan susah untuk sembuh daripada sesuatu penyakit. Kelebihan bersenam dan juga pengambilan pemakanan sihat dapat menjamin badan kita daripada penyakit yang berbahaya kencing manis, darah tinggi serta masalah jantung. Jadi korang dapat elak mengambil cuti sakit yang berpanjangan.

3. Kekalkan berat badan ideal dan dapat berpakaian cantik semasa bekerja.

kelebihan bersenam

Yang paling utama kepada wanita bekerja, mereka akan bersenam bagi mengekalkan berat badan ideal dan dapat berpakaian cantik semasa bekerja. Kepada korang yang inginkan bentuk badan ideal, luangkan sekurang-kurangnya sejam aktiviti fizikal setiap hari, contohnya jalan pantas, joging, berlari, berbasikal atau sebarang senaman ringan.

Lakukan senaman/sukan lebih berat yang meningkatkan pernafasan dan degupan jantung korang sekurang-kurangnya sekali seminggu. Mulakan secara perlahan-lahan jika tahap kecergasan korang rendah, kemudian tingkatkan aktiviti secara beransuran. Kekal cantik dan ceria barulah semangat pergi kerja adalah kelebihan bersenam.

4. Kelebihan Bersenam Meningkatkan kualiti tidur.

Macam mana dengan kualiti tidur korang? Berapa jam korang tidur setiap malam? Rehat juga merupakan elemen penting kepada keseimbangan antara kehidupan dengan pekerjaan yang bukan sahaja akan memberi manfaat kepada kesihatan fizikal dan mental pekerja.

Ketika kita amat berwaspada untuk menjaga diri kita sihat, salah satu perkara yang sering diabaikan adalah pentingnya tidur malam yang baik. Adalah disyorkan supaya tidur secara konsisten sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan jam setiap malam untuk memastikan sistem imun korang mampu melawan, dan juga melindungi daripada masalah kesihatan yang lain. 

Tidur berkualiti adalah penting untuk proses pemulihan badan. Melatonin, hormon yang dihasilkan semasa tidur, membantu menguatkan sistem imun dan memulihkan DNA. Bagi mendapatkan tidur lebih baik, pastikan bilik tidur gelap dan senyap.

Lebih-lebih lagi, sekiranya korang melakukan aktiviti senaman pada siang hari, korang akan senang untuk tidur malam dan mempunyai tidur yang nyenyak kerana badan korang mengeluarkan peluh. Tapi ingat! Elakkan melakukan senaman berat sebelum tidur kerana ia boleh meningkatkan kadar denyutan jantung korang sehingga mengganggu tidur.

5. Kelebihan Bersenam Melambatkan osteoporosis

kelebihan bersenam

Korang nak tahu tak, sekiranya korang bersenam penyakit osteoporosis ini akan lambat menyerang adalah kelebihan bersenam. Jadi, korang kena mengamalkan cara hidup sihat, seperti pemakanan dan senaman bagi mempengaruhi kesihatan tulang. Senaman yang berkala amat diperlukan. Cuba lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit 3 kali seminggu. 

Dua jenis senaman yang penting untuk mengukuhkan kepadatan tulang bagi mencegah osteoporosis adalah senaman ’weight bearing’ dan senaman ’resistance’. Jogging, lompat tali (skipping), senaman  aerobik dan melompat atas dan bawah ditempat yang sama baik untuk kekuatan tulang.

Bagi mereka yang berusia , senaman ringan dan selamat, seperti berjalan, main tenis, berenang amat berguna. Untuk orang yang lebih tua, senaman perlu bersesuaian dan selamat, seperti berjalan perlahan,  menaiki tangga 10 kali sehari, permainan tenis yang sederhana. Jagalah tulang sebelum terlambat!

Ingin rasa lebih cergas, bertenaga dan hidup lebih lama? Senamanlah cara yang terbaik untuk korang dapatkan ketiga-tiga manfaat ini sekaligus dengan pelbagai kelebihan bersenam. Kepentingan aktiviti fizikal dan senaman merupakan sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh.Senaman memberikan kesihatan mental dan fizikal yang sempurna selain menikmati kegembiraan lebih berbanding memiliki wang yang banyak. Tiada gunanya memiliki pangkat dan wang tetapi kesihatan diri terabai disebabkan komitmen dan beban kerja yang tidak pernah berkesudahan.Ramai kaun wanita, ingin bersenam, tetapi selalunya kekangan masa sebab nak tukar-tukar pakaian kepada pakaian sukan. Kami mencadangkan pakaian sukan ini yang sesuai pelbagai guna, ke pejabat mahupun bersukan. 

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
Leave a Reply

On Key

Related Posts

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping