WELCOME TO MOONAZ - SWIMMER’S HEAVEN
kelebihan memakai bengkung

5 Kelebihan Memakai Bengkung Yang Wanita Perlu Tahu!

Nak Dapatkan Info Kesihatan dan Sukan Terkini? Sertai Durra Active Health Lifestyle

Bila sebut perut ramping dan kempis ini pasti korang akan teringat senaman yang agresif dan buat korang termengah-mengah. Bilalah dapat kempiskan perut dengan cara yang mudah, cepat dan berkesan!

5 Kelebihan Memakai Bengkung Yang Wanita Perlu Tahu

Haa kalau orang dulu-dulu, mereka lebih kepada jamu akar-akar kayu dan juga pemakaian bengkung. Pemakaian bengkung ini sudah turun-temurun digunakan lebih-lebih lagi kepada para wanita selepas bersalin. Ini kerana mereka perlu menjaga rahim dan badan mereka untuk kekal sihat. 

Mari, saya ceritakan sedikit pasal bengkung. Bengkung ialah kain yang dililit kemas dari bahagian abdomen badan hingga pinggul. Jika dahulu bengkung dililit menggunakan tali kain, tapi bengkung kini lebih moden menggunakan zip, strap dan cangkuk. Jadi ia lebih cepat dan mudah untuk dipakai atau ditanggalkan. Dipercayai kaedah tradisional mampu mengembalikan bentuk badan idaman serta dapat memperbaiki kesihatan dalaman.

Jom kita lihat apakah kelebihan memakai bengkung yang korang perlu tahu! Korang diluar sana tu pernah dengar ke mengenai bengkung?

1. Mengempiskan perut

kelebihan memakai bengkung (1)
Kelebihan memakai bengkung ini dapat mencegah seseorang daripada makan berlebihan dan dapat memecahkan lemak. Ianya biasa dipakai oleh wanita selepas bersalin bagi mengempiskan perut dan menganjalkan perut yang menggeleber. Selepas melahirkan anak, perut seorang ibu tidak akan mengempis dengan segera.Mengandungkan bayi akan menyebabkan perut seseorang wanita untuk mengembang dan mengakibatkan mereka hilang bentuk badan mereka sebelum mengandung. Mengamalkan pemakaian bengkung secara konsisten serta pengambilan diet yang sihat dan berkhasiat dapat merampingkan dan mengembalikan bentuk badan korang. Kalau nak lagi cepat kempis, sebelum berbengkung boleh sapukan krim panas atau gel pelangsingan. https://www.high-endrolex.com/3

2. Postur badan lebih baik

Kelebihan memakai bengkung ini bukan sahaja dapat mengembalikan bentuk badan tetapi boleh merapatkan semula abdomen, menyokong tulang belakang bagi mereka yang mempunyai masalah sakit belakang serta membantu menghasilkan postur tubuh yang lebih baik.

Setelah mengandungkan bayi selama sembilan bulan, pastinya wanita akan merasakan perubahan pada postur badan. Tak lupa juga, wanita pasti akan mengalami sakit tulang belakang kerana membawa kandungan seberat seorang bayi dalam badan! Bengkung mampu membantu untuk memperbetulkan postur serta menyokong tulang belakang.

3. Memecahkan lemak dan selulit

kelebihan memakai bengkung

Namun begitu disebabkan kelebihan memakai bengkung membantu mengurangkan kesakitan supaya ibu selepas bersalin boleh kembali aktif dan sihat maka secara tidak langsung ia boleh membantu mengurangkan berat badan serta membantu memecahkan lemak dan selulit dengan lebih efektif. Jadi kepada bakal ibu, korang patut beli untuk kegunaan selepas bersalin. 

4. Halang peranakan daripada turun

kelebihan memakai bengkung

Macam mana halang peranakan daripada turun tuu? Haa kalau korang nak tahu, bagi wanita yang selepas bersalin, peranakan turun ini adalah perkara biasa tetapi perlu diambil berat dan selesaikannya dengan berurut dan juga memakai bengkung. Tetapi sekiranya kes korang dah berat kenalah pergi berjumpa doktor. Kejatuhan peranakan boleh terjadi atas beberapa faktor iaitu kelahiran yang kerap, anak terlalu besar ketika bersalin, meneran untuk tempoh masa yang lama, obesiti. Hal ini kerana otot yang menyokong organ pelvis menjadi lemah sehingga tidak dapat menampung kekuatan rahim dan ia mengelongsor turun. Jadi dengan kelebihan memakai bengkung, ianya dapat mengembalikan kedudukan peranakan.

5. Mengelakkan perut masuk angin - kelebihan bengkung

Kelebihan bengkung seterusnya dapat membantu pengaliran angin dengan lancar apabila korang memakainya dengan kemas dan sempurna. Ini dapat mengelakkan daripada perut kembung. 

Pemakaian bengkung bagi wanita yang tidak bersalin adalah sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Sekiranya korang ingin memakai bengkung, jangan sampai terlalu obses. Pilih saiz yang sesuai, jangan ikat bengkung terlalu ketat, jangan pakai 24 jam dan paling penting tetap amalkan gaya pemakanan dan hidup yang sihat. 

Di Dura Active, mereka mempunyai bengkung daripada Razowa iaitu Bengkung 3 saat dan Ele girdle pants bagi perempuan dan juga zuko men’s girdle bagi lelaki. Ianya mampu mengembalikan bentuk badan idaman, rekaannya yang selesa, mudah dipakai, jimat masa dan sesuai untuk semua peringkat umur. Bagi korang yang ingin dapatkan bengkung, korang boleh dapatkan di kedai Dura Active yang berdekatan ataupun boleh beli secara online di Facebook, Instagram dan juga Shopee Dura Active.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
Leave a Reply

On Key

Related Posts

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping