WELCOME TO MOONAZ - SWIMMER’S HEAVEN
moonaz family day

Nak Dapatkan Info Kesihatan dan Sukan Terkini? Sertai Durra Active Health Lifestyle

Tanpa disangka Moonaz Family Day 2022 sangat meriah mengumpulkan lebih 80 orang pelanggan Moonaz. Angan-angan mengumpulkan pelanggan Moonaz dah lama tersimpan. Akhirnya perancangan selama 3 bulan dapat dilaksanakan dengan jayanya.Alhamdulillah. Tercapai juga hasrat bertemu dengan keluarga moonaz disini.

moonaz family day
moonaz family day

Ada pelanggan yg saya tak kenal datang dari jauh dan dekat. ada agen, ada geng² bisnes, bisnes partner, sedara, adik beradik, mak dan abah saya. Ini pertama kali. Perasaan nak buat ke tak buat, hampir tak jadi, rasa macam orang tak akan datang, takut banjir. Akhirnya sokongan dari semua dapat juga kumpul lebih 80 orang. Syukur. Itu pun ada yang tak dapat datang last minute kerana masalah kesihatan dan komitment lain.

Moonaz Family Day

Dan tahun ini adalah tahun ke 8 tertubuhnya moonaz mengikut ssm. Walau sebenarnya awal lagi. Saya ingat tahun 2010 saya mula bisnes online. Tahun 2012 kiosk pertama di Giant shah alam. Begitulah kami bermula dengan perniagaan secara online sahaja.

Ramai pakar² ekonomi kata, bisnes SME biasanya akan hanya bertahan kurang 5tahun. Berkat dari doa dan sokongan semua, moonaz telah 8tahun di pasaran. InsyaAllah kita positif, bisnes akan berkembang meneroka pasaran yang lebih luas menerusi kolaborasi. Diversify kepada peluang² perniagaan dan produk berkaitan sukan dan kesihatan.

moonaz family day
moonaz family day

Kini kita juga telah melahirkan 1 lagi baby bernama DurraActive, platform untuk pakaian sukan dan barangan kesihatan. Syukur insyaAllah saya mohon doa dari semua. Terima kasih juga kepada sponsor² Shuhaimie Razak, Balqish Jamaludin, Hartini Halim, Siti Hajar Harun, Siti Mariam Ismail, Muhamad Faris, Mohd Eman Jainuddin, Zal Aquaputra, Syameem Ahmad, Ibn Sina Wellness. Hajat dan niat saya hari ini agar semua merasa gembira bersuka ria, santai², makan² dan berkenalan merapatkan silaturahim. InsyaAllah.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
Leave a Reply

On Key

Related Posts

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping