CARA-CARA PENJAGAAN BAJU RENANG MUSLIMAH

Baju renang Moonaz adalah baju renang yang berkualiti. Testimoni dari customer kami yang menggunakan baju renang sehingga 5 tahun. Paling penting adalah cara penjagaan baju renang yang betul. Cuba cek tips2 penjagaan baju renang dibawah:

 

1. Segera bilas dengan air setelah digunakan.

Baju renang hendaklah segeras dibilas dengan air setelah digunakan bagi membuang segala kekotoran yang melekat pada baju renang.

 

2. Cuci dengan tangan dan air suhu biasa.

Baju renang hendaklah dicuci dengan tangan dan air biasa bagi mengekalkan kualiti pada baju renang tersebut. Elakkan mencuci dengan mesin basuh.

 

3. Mencuci asingkan dengan yang lain.

Baju renang mestilah dicuci secara berasingan dengan pakaian lain bagi mengelakkan pelunturan warna berlaku. Ia mestilah dibilas dan dibasuh asing.

 

4. Jangan disimpan dalam keadaan basah.

Baju renang tidak boleh disimpan dalam keadaan basah bagi mengelakkan baju renang mudah reput. Keringkan dahulu baju renang dan sebaiknya dilipat di tempat yang sesuai. Elakkan dari digantung dalam tempoh yang lama.

 

5. Jangan menggunakan detergen

Baju renang perlu dibasuh tanpa menggunakan detergen bagi mengekalkan kualiti kain. Sebaiknya menggunakan sabun mandi atau sabun khas untuk buang bau klorin.

 

6. Jangan diperah

Baju renang tidak perlu diperah ketika membasuh kerana dengan perahan yang kuat akan menarik regangan kain. Hanya perah secara perlahan atau dikeringkan menggunakan tuala.

 

7. Keringkan di tempat yang teduh

Baju renang mestilah dikeringkan di tempat yang diteduh dan bukan di bawah sinaran cahaya matahari secara terus keregangan kain akan mudah hilang apabila terdedah kepada cuaca yang panas. Pendedahan cuaca yang panas akan menyebabkan baju renang reput.

 

8. Jangan diseterika

Baju renang tidak sesuai dan tidak perlu diseterika kerana akan merosakkan bahan baju renang tersebut kerana suhu yang panas pada seterika tersebut. Elakkan juga kepanasan melampau.

 

 

There are no products to list in this category.