Kompleks Renang Sukan Negara Bukit Jalil
Sebagai sebahagian daripada Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil. Pusat Akuatik Nasional ini
mempunyai kolam renang bersaiz Olimpik. Kolam renang yang mempunyai lapan lorong dan kolam latihan menyelam dilengkapi dengan menara drop dan tiga platform. Terdapat juga kelas renang yang ditawarkan oleh D Swim Academy
Kawasan juga sangat berdekatan dengan bandar dan juga kawasan perumahan. Jadi ia memudahkan para atlet dan perenang yang ingin pergi disini adalah sangat digalakkan dan juga bagi memudahkan semua pihak.
Dibuka pada setiap hari.
2sesi RM2
Isnin - Jumaat : 2PM - 5PM & 6PM - 9PM
3sesi RM3
Sabtu & Ahad : 9.30AM - 12PM | 2PM - 5PM | 6PM - 9PM
Alamat : Level 1 Bukit Jalil National Sports Complex Sri Petaling Kuala Lumpur 57700
Pusat Akuatik Darul Ehsan Shah Alam
Kolam renang yang menajdi tumpuan kepada pengunjung warga Shah Alam. Dilengkapi dengan kemudahan yang mencukupi bagi perenang. Susun atur yang teratur dan sangat baik memberikan ia keselesaan kepada pengunjung dan perenang.
Ia bertempat di Seksyen13 berdekatan dengan Tesco Extra Shah Alam. Mmepunyai indoor & outdoor pool. Bagi yang indoor pool ia adalah bersaiz Olimpik Pool. Manakala bagi outdoor pula, adalah kolam renang yang biasa seperti di tempat lain. Jadi amat sesuai untuk semua peringkat kerana terdapat pelbagai kemudahan kolam yang disediakan
Dibuka pada setiap hari Isnin - Ahad
Harga untuk indoor dan outdoor adalah berlainan
Indoor : RM3 | Outdoor : RM2
Kompleks Kolam Renang Mutiara Johorland
Kompleks renang yang terletak di Taman Bukit Mutiara berdekatan dengan Bandar Dato On. Lokasi tumpuan pengunjung di Johor Bharu yang mempunyai tarikan tersendiri. Dengan bercirikan kolam renang yang besar dan luas mampu menampung ramai orang ketika di hujung minggu.
Kebiasaanya kompleks renang ini dibuka pada jam seawal 9pagi hingga jam 9malam. Keadaan dan lokasi yang strategik menjadi tempat untuk para penggemar renang dan atlet untuk berlatih dan beriadah ketika waktu lapang.
Pada hujung minggu, Mutiara Johorland sangat padat dan menjadi tumpuan para pengunjung yang mempunyai hobi yang sama.
Keunikan dan lokasi ini menjadi satu tempat yang sangat diminati pengunjung tidak kira masa dan waktu. Juga disediakan bilik persiapan khas dan juga membuka ruang kepada yang ingin berlatih dan menceburi bidang renang.
Dibuka pada setiap hari Isnin - Ahad
Kolam Renang Pusat Kejiranan Presint 6
Antara salah satu kolam renang terawal dibuka di Putrajaya iaitu di Presint 6. Sudah tentu ianya menjadi daya tarikan kepada warga setempat Putrajaya dan Cyberjaya.
Mempunyai kawasan renang yang luas dan agak menarik untuk beriadah. Kebersihan yang dijaga rapi membolehkan para pengunjung datang setiap kali waktu lapang.
Di sini juga turut menyediakan pakaian sewa khas untuk perenang. Jika anda seorang atau keluarga yang sentiasa beriadah di kolam renang sebaik-baiknya mempunyai pakaian renang sendiri dan tidak perlu untuk menyewa. Untuk melihat kepelbagaian pakaian renang anda boleh terus akses dan lihat di Moonaz Swimming Attire.
Di Putrajaya juga tedapat Moonaz Branch yang ada menyediakan pelbagai koleksi pakaian renang dengan harga yang berpatutan.
Berikut adalah senarai harga ticket terkini
Untuk maklumat lanjut berkenaan lokasi dan tempat kolam renang boleh hubungi dan berhubung terus dengan khidmat pelanggan
Pemasangan kolam renang di premis anda boleh hubungi 012-395 7875.
There are no products to list in this category.