PULAU LANGKAWI PALING POPULAR DI MALAYSIA

 

Antara salah satu pulau yang menjadi tarikan dan popular di Malaysia. Dengan keunikan dan kecantikan pemandangan alam semulajadi yang terletak di pulau ini amat menarik minat pelancong dari  Malaysia mahupun dari pelancong luar.

Terdapat pelbagai tempat pelancongan di Malaysia lagi dan ini adalah pulau yang paling sinonim dan sering dikunjungi pelancong. Merupakan tempat peranginan yang menjadi idaman sekeluarga mahupun bersama rakan-rakan.

Tempat penginapan yang menarik dan pelbagai yang anda boleh lihat.Terdapat pilihan samada anda mencari hotel,chalet dan juga boleh menyewa di rumah sewa yang disediakan di Pulau Langkawi.

Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sana terutama bermain laut, bermain sukan air,bersantai dan juga pelbagai lagi aktiviti terdapat di Pulau Langkawi.

Jika anda tidak pernah dan belum lagi berpeluang ke Pulau Langkawi, disini lah tempat percutian yang boleh dibawa seisi keluarga pada masa cuti.

 

Sebleum pergi dinasihatkan supaya membuat penelitian dahulu dimana tempat untuk anda bermalam dan kawasan yang berdekatan dengan pantai supaya memudahkan lagi perjalanan percutian anda sekeluarga

 

 

PULAU BOHEY DULANG SEMPORNA SABAH

 

Pulau ini juga dipanggil atau digelarkan Pulau Bohaydulong. Jarak perjalanan dari bandar Semporna lebih kurang dalam 30minit sahaja dengan menaiki bot. Pulau ini juga adalah antara salah satu daripada 8 pulau dalaM Tun Sakaran Marine Park.

 

Kecantikan dan keindahan alam semulajadi yang terdapat di pulau ini sesuatu yang amat megujakan dan amat menarik perhatian. Disini terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan terutama bagi penggemar skuba diving dan snorkeling. 

Lagi salah satu tarikan pengunjung di sini adalah mendaki Bukit Bohey Dulang yang tinggi. Disini juga ramai yang datang untuk melakukan penyelidikan dan pemuliharaan hidupan laut.

Jadi jika diantara keluarga atau rakan-rakan yang merancang untuk ke Sabah. Disini adalah salah satu tempat di Borneo anda boleh bercuti.

 

Di Sabah,pelbagai lagi Pulau menarik yang boleh anda bercuti. Pulau Bohey Dulang adalah salah satu darinya.

Kebersihan dan keunikan yang ada di Pulau di Malaysia adalah setanding dengan negara bertaraf antarabangsa. Ini menjadikan Malaysia sebagai salah satu negara yang mempunyai status di tahap mata dunia.

 

 

 

PULAU MABUL BERTARAF ANTARABANGSA

 

Pulau ini tidak perlu diperkenalkan lagi di dunia. Keindahan pulau ini dengan air laut yang biru kristal seperti disuluh cahaya memang menjadi tumpuan dikalangan pelancong dalam dan luar negara.

Keindahan dan kecantikan di pulau ini menjadikan daya tarikan kepada pelancong untuk memlilih sebagai tempat percutian dan beriadah bersama yang tersayang.

Percutian di pulau-pulau yang menjadi idaman ini adalah yang yang terbaik dan merangkumi kesemua pakej yang serba lengkap dan memudahkan pengguna.

Yang ingin mengetahui cara-cara untuk sampai ke destinasi percutian ke Pulau Mabul. Ini adalah antara tips yang boleh dikongsikan supaya ia memudahkan para pelancong untuk bercuti dan memberi sedikit info dan idea kepada semua 

 

TEMPAHAN TIKET 

1  Menempah tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau Sabah. (ikut pada lokasi berdekatan anda)

2  Tempah tiket samada Malaysia Airlines atau AirAsia. Pastikan anda menempah tiket pada masa promosi kerana harga lebih murah berbanding biasa.

 

TEMPAT PENGINAPAN & HOTEL

1  Menempah hotel atau tempat penginapan yang berdekatan di sana. Terdapat lebih dari 15lokasi penginapan yang boleh dipilih. Lebih baik jika dapat membuat tempahan lebih awal untuk mendapatkan ruang kerana di pulau mabul tempat penginapan agak terhad walaupun hotel & resort agak pelbagai untuk memastikan perancangan perjalanan anda berjalan lancar

 

PELAN & AKTIVITI

1 Samada anda melancong bercuti mempunyai perancangan rapi atau tidak ia adalah sesuatu yang perlu ada untuk kita melancong ke mana sahaja.

Ini juga memastikan plan dan aktiviti yang anda rancang berada dalam keadaan teratur supaya dapat menetapkan tempoh hari anda untuk bercuti.

Jika ini dapat dilaksanakan,adalah amat mudah bagi anda semua yang bercuti samada bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

 

Setiap perancangan pasti akan mendapat kepuasan.

 

 

 

PULAU REDANG 

 

Menjadikan ia sebagai salah satu pulau yang popular di Terengganu untuk mereka yang ingin bercuti di Pulau yang cantik.

Memandangkan percutian di Pulau Redang adalah salah satu aktiviti yang popular di Malaysia. Maka memang banyak pakej yang menarik dan disediakan untuk anda pilih untuk bermalam di resort yang telah pun disediakan di sekitar Pulau Redang.

 

Pengalaman bercuti di Pulau Redang memang sangat menyeronokkan dan destinasi di sini adalah memang sangat ideal  untuk anda jadikan sebagai tempat percutian dan mendapatkan ketenangan serta sebagai destinasi tempat berbulan madu.

Bagi yang belum menjejakkan kaki ke Pulau Redang, anda boleh la membuat sedikit penyelidikan tentang lokasi yang menjadi tarikan di Malaysia ini serta tempat dan aktiviti yang anda boleh buat di Pulau Redang.

 

 

 

PULAU PERHENTIAN LOKASI TUMPUAN

 

Lokasi yang sangat diminati pengjung dan pelancong tidak kira masa dan waktu kerana lokasi yang strategik dan keindahan alam yang memukau hati semua.

Dengan pantai berpasir yang putih bersih, air laut yang jernih. Berbagai jenis ikan dan hidupan laut yang boleh didapati di sini .Menjadi lokasi idaman kepada para pelancong yang perlukan percutian dengan pelbagai aktiviti maka di sini adalah tempat yang perlu anda kunjung.

Pelbagai kemudahan resort yang disediakan dan ia menjanjikan keselesaan untuk pengunjung malah lokasi resort yang ada semuana terletak di kawasan pulau yang menarik untuk bermalam.

 

Samada anda ingin berehat,di sini juga meyediakan pakej aktiviti yang pelbagai contoh adalah seperti berikut :

Berkhemah

Mandi Laut di pantai

Windsurfing

Sailing

Snorkeling

Bagi sesetengah aktiviti,anda dinasihatkan membawa air minuman yang banyak

Sangat menyeronokkan untuk anda semua. Ia menjadikan tempat pelancongan yang terkemuka samada di Malaysia mahupun luar negara.

 

Sebarang maklumat lanjut, anda boleh terus contact dan mengakses tempat lokasi ini untuk mendapatkan info yang berkenaan. Semoga percutian anda adalah yang terbaik pernah anda rasai.

 

 

 

PULAU TIOMAN PERCUTIAN TERBAIK

 

Pulau yang dikatakan sebagai pulau berbntuk titisan air mata di pantai timur Semenanjung Malaysia di Laut China Selatan.

Berukuran kira-kira 38km panjang dan 19km lebar,Pulau Tioman diletakkan sebagai pulau terbesar dalam kumpulan 64 buah kumpulan pulau gunung berapi.

Dengan dua puncak Gunung Simukut menawarkan mercu tanda yang menonjol kepada pulau ini.

Direputasikan sebagai antara 20 buah pulau tercantik dan mempesona di dunia.

 

Pulau Tioman ini dikatakan sebagai lokasi tempat bersemanyam kepada Lagenda Puteri Naga dari China. lagenda menyatakan semasa lawatan puteri ke Temasek Singapura,dia membuat hentian di Tioman. Di mana lokasi yang Puteri Naga jatuh cinta dengan keindahan alam pulau pada ketika itu.

Dengan temapt pelancongan yang mempunyai cerita dan sejarahnya tersendiri,ia merupakan tempat pelancongan yang unik untuk and bercuti.

 

There are no products to list in this category.