WELCOME TO MOONAZ - SWIMMER’S HEAVEN

Kebaikan Berenang dan Kesihatan untuk seisi keluarga

Nak Dapatkan Info Kesihatan dan Sukan Terkini? Sertai Durra Active Health Lifestyle

Mungkin ramai yang sudah mengetahui pelbagai kebaikan berenang bila dikaitkan dengan kesihatan untuk seisi keluarga. Aktiviti renang bukan sahaja menguatkan tubuh, malah meningkatkan stamina, kesihatan jantung, serta minda. Namun, lebih lengkap jika akiviri renang ini disokong dengan makanan tambahan dan vitamin dari produk Nutrilite Amway.

Kebaikan berenang Sebagai Aktiviti Sihat untuk seisi keluarga

Ramai ibu bapa mencari aktiviti sukan yang sesuai untuk anak-anak dan keluarga. Salah satu pilihan terbaik adalah berenang. Selain menyeronokkan, berenang terbukti memberi banyak manfaat dari segi kesihatan fizikal, mental, dan emosi.

Mungkin ramai akan bertanya apakah kebaikan berenang dan kesihatan berdasarkan fakta perubatan, di samping bagaimana ia boleh digabungkan dengan gaya hidup sihat serta pengambilan suplemen Nutrilite Amway.

1. Berenang Baik Untuk Kesihatan Jantung dan Paru-Paru

Salah satu manfaat utama berenang ialah meningkatkan kardiovaskular seseorang. Aktiviti ini membuatkan jantung dan paru-paru bekerja dengan lebih efisien. Terdapat Kajian yang menunjukkan individu yang berenang secara konsisten mempunyai risiko lebih rendah untuk mendapat penyakit jantung. Ini kerana, kapasiti paru-paru bertambah baik kerana teknik pernafasan dalam air melatih otot pernafasan. Sangat sesuai untuk anak anak yang mempunyai penyakit asthma.

Sebagai menyokong kesihatan jantung dan sistem imun, Nutrilite Amway menawarkan Nutrilite Double X. Ia adalah suplemen yang mengandungi 12 vitamin, 10 mineral, dan 22 fitonutrien daripada buah-buahan serta sayur-sayuran. sesuai untuk peringkat umur.

2. Membantu Mengawal Berat Badan

Ramai ibu bapa hari ini risau dengan masalah obesiti anak-anak akibat gaya hidup sedentary dan pemakanan yang kurang nutrisi. Berenang adalah senaman pembakar kalori yang sangat berkesan untuk anak-anak mahu pun orang dewasa.

Berenang selama 30 minit boleh membakar antara 250 – 400 kalori, bergantung kepada intensity seseorang. Ia juga menguatkan otot tanpa memberikan tekanan tinggi pada sendi, terutama bagi yang mempunyai masalah lutut dan tulang belakang.

Bagi menghasilkan kesihatan yang optimum, pastikan kita sekeluarga mendapat nutrisi yang lengkap. Nutrilite Amway menyediakan Nutrilite All Plant Protein Powder yang di olah dari sumber protein tumbuhan yang baik untuk otot dan pemulihan selepas senaman.

3. Meningkatkan Fleksibiliti dan Kekuatan Otot

Pergerakan dalam air melibatkan hampir keseluruhan otot badan seperti tangan, kaki, perut, dan belakang badan. Air memberikan rintangan semula jadi sehingga otot bekerja lebih kuat semasa berenang.

Aktiviti ini membantu membina otot yang seimbang, tidak seperti senaman di atas darat yang fokus pada bahagian tertentu. Selain itu, berenang juga sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sendi seperti arthritis kerana tekanan air mengurangkan bebanan pada tulang.

Gabungan lengkap senaman dan Nutrilite Calcium Magnesium boleh membantu menguatkan tulang serta mengurangkan risiko kerapuhan tulang terutama bagi ibu bapa berusia.

4. Mengurangkan Tekanan & Meningkatkan Kesihatan Mental

Selain kebaikan fizikal, berenang terbukti memberi manfaat kepada kesihatan mental. Air memberikan kesan menenangkan, membantu mengurangkan tekanan dan kebimbangan atau anxiety. Aktiviti renang juga merangsang pengeluaran endorfin, hormon gembira yang meningkatkan mood seseorang.

Bagi pelajar atau pekerja yang sering terdedah dengan tekanan, berenang adalah terapi semula jadi yang mudah di lakukan Bersama keluarga atau kawan-kawan.

Sebagai menyokong kesihatan otak, suplemen Nutrilite Salmon Omega-3 Complex boleh membantu meningkatkan fungsi otak, daya ingatan, dan fokus.

5. Meningkatkan Daya Tahan Badan

Berenang dengan konsisten boleh meningkatkan sistem imun badan. Peredaran darah yang baik memastikan nutrien dan oksigen sampai ke seluruh tubuh. Kanak-kanak yang aktif berenang lebih jarang jatuh sakit berbanding yang kurang aktif. Sistem imun yang kuat membantu melawan jangkitan pelbagai penyakit.

Apatahlagi bila digabungkan dengan pengambilan Nutrilite Vitamin C Extended Release, ia memberikan perlindungan antioksidan sepanjang hari untuk daya tahan badan. Bagi yang selalu kurang sihat, boleh cuba aktiviti berenang dan vitamin ini.

6. Berenang Adalah Aktiviti yang Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur

Satu kelebihan utama berenang ialah ia boleh dilakukan oleh semua peringkat umur bermula daripada bayi (sebaiknya 6 bulan ke atas), kanak-kanak, remaja, dewasa hingga warga emas.

Bayi dan kanak-kanak boleh belajar berenang untuk meningkatkan koordinasi motor halus.

Golongan remaja dan dewasa dapat menyalurkan tenaga mereka ke arah aktiviti positif dan sihat.

Warga emas pula dapat mengekalkan pergerakan tanpa membebankan atau mencederakan sendi.

Keluarga yang mahu mengekalkan kesihatan bersama, Nutrilite menawarkan Nutrilite Daily, multivitamin harian untuk melengkapkan nutrisi seimbang. Sesuai untuk semua peringkat umur.

7. Membantu Tidur Lebih Lena

Aktiviti berenang juga dikaitkan dengan kualiti tidur yang lebih baik. Senaman air membantu merehatkan otot, mengurangkan ketegangan, dan menyediakan tubuh untuk tidur nyenyak.

Kanak-kanak yang aktif berenang lebih mudah tidur awal, manakala orang dewasa pula dapat mengurangkan masalah insomnia.

8. Meningkatkan Keyakinan Diri dan Sosialisasi

Renang bukan sahaja tentang kesihatan tubuh, malah ia juga dapat membina keyakinan diri, terutama apabila anak-anak belajar kemahiran yang baru.

Aktiviti berenang memberi peluang bersosial dengan rakan sebaya dalam suasana yang sihat serta mengukuhkan hubungan keluarga melalui aktiviti rekreasi bersama.

Tips Untuk Ibu Bapa: Bagaimana Memulakan Aktiviti Renang?

Bagi ibu bapa yang mahu memperkenalkan berenang kepada anak-anak, berikut adalah 5 langkah mudah:

1. Pilih kolam renang yang selamat dan bersih.

2. Pastikan anak-anak memakai pakaian renang yang sesuai.

3. Mulakan dengan sesi pendek, sekitar 20 – 30 minit.

4. Jangan lupa sediakan snek berkhasiat atau suplemen Nutrilite Amway selepas berenang untuk pemulihan tenaga.

5. Jadikan ia aktiviti mingguan supaya konsisten.

 

Gabungan Senaman & Nutrisi Untuk Kesihatan Optimum, secara keseluruhannya, kebaikan berenang dan kesihatan adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan. Ia memberi manfaat dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Bermula dari jantung lebih sihat, otot lebih kuat, minda lebih tenang, dan hubungan keluarga lebih erat.

Namun begitu, senaman sahaja tidak mencukupi tanpa nutrisi yang lengkap. Di sinilah Nutrilite Amway berperanan sebagai pelengkap gaya hidup sihat keluarga anda. Dengan kombinasi berenang secara konsisten dan pengambilan suplemen berkualiti, anda sekeluarga boleh mencapai kesihatan optimum yang berpanjangan.

Secara ringkasnya produk Nutrilite Amway yang sesuai untuk berenang adalah:
1. Nutrilite Double X
2. Nutrilite All Plant Protein Powder
3. Nutrilite Calcium Magnesium
4. Nutrilite Salmon Omega-3 Complex
5. Nutrilite Vitamin C Extended Release
6. Nutrilite Daily

Jika anda mahu memulakan gaya hidup sihat dengan berenang, jangan lupa lengkapi diri dengan nutrisi seimbang dari Nutrilite Amway. Dapatkan rangkaian produk kesihatan ini daripada Pengedar Amway sah melalui wasap.my/

 

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
On Key

Related Posts

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping