Sunway Lagoon Premier

 

Destinasi percutian di taman tema merupakan salah satu pilihan orang Malaysia untuk bercuti dan bersantai bersama keluarga terutamanya kanak-kanak dan remaja. Sunway Lagoon yang terletak di Subang Jaya bersebelahan dengan Sunway Piramid merupakan taman tema yang cukup popular di kalangan kita pada masa kini.

Ia juga menempatkan pelbagai permainan air yang mencabar dan juga permainan darat yang pasti meledakkan hormon adrenalin yang ingin mecuba.

Antara salah satu tarikan yang ada di sini adalah seperti surfing pool,man-made beach,Amusent Park,Extreme Park,Wildlife Park,Scream Park & banyak lagi. Yang paling mencabar disitu adalah sudah tentu Bungee Jumping dan G-Force X.

 

Di sini juga turut berdekatan dengan Sunway Piramid dan juga kawasan tumpuan orang ramai pada masa kini.

Jadi jika berkesempatan untuk membawa keluarga beriadah di sini adalah tempat yang sesuai untuk anda semua yang mencari tempat untuk bersantai bersama keluarga dan yang tersayang.

 

Address       : 3 Jalan PJS 1/11 Bandar Sunway 47500 Petaling Jaya Selangor

Contact No   : 03-56390000

 

 

 

Morib Gold Coast Resort

 

Satu lagi destinasi taman tema di Banting Selangor yang sangat ideal untuk mereka yang hendak bercuti di tepi pantai. Taman tema air ini terletak di dalam Morib Gold Coast yang mempunyai keunikan tersendiri dan menarik peminat pengunjung bersama keluarga

Selain bermain air di water park,anda boleh bersiar-siar di tepi pantai Morib dan yang paling menarik di sini juga anda boleh melihat matahari terbenam di seberang laut Selat Melaka.

 

Kebanyakan orang ramai yang datang bercuti di sini lebih dari yang dijangkakan malah turut menerima respon yang positif dikalangan pengunjung yang bercuti.

 

Address         : PT. 294, KAWASAN KANCHONG LAUT,, Mukim Morib, 42700 Banting, Selangor

Contact No     : 03-31981055

 

 

 

A Famosa Theme Park

 

Merupakan taman tema di Melaka yang sangat popular untuk pengunjung yang berkeluarga. Di sini menempatkan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk percutian masa cuti sekolah seperti penginapan di resort hotel,taman tema air, safari park dan juga lapangan padang golf. Beroperasi setiap hari pada jam 9pagi - 6petang.

Lokasinya juga agak strategik untuk pengunjung datang ke A Famosa Melaka. Ia juga menempatkan dan dikatakan sebagai tempat tumpuan kepada seisi keluarga pada waktu cuti sekolah. 

 

Bagi pengunjung yang ada perancangan ke Melaka,di sini tempat yang amat sesuai untuk berkunjung. Walaubagaimana pun dinasihatkan kepada semua untuk membuat tempahan sebelum ke A Famosa kerana di sana sangat padat pada hujung minggu dan juga waktu cuti sekolah.

 

Address  : Jalan Kemus Simpang Empat 78000 Alor Gajah Melaka

Contact No      : 06-5520888

 

 

 

Lost World of Tambun

 

Merupakan salah satu tempat yang baru dan popular pada masa kin yang diuruskan oleh Sunway Group. Menempatkan pelbagai tarikan temasuk penginapan resort hotel. Ia juga merupakan taman tema kedua dibina dan dirasmikan di negeri Perak. Selain dari itu, kemudahan dari segi permainan yang dinaik taraf kepada lebih sistematik dan penjagaan rapi dari sudut kebersihan amatlah dititikberatkan.

Antara tarikan yang ada disini adalah petting zoo, Taman Harimau, taman permainan dan taman permainan air. Untuk sebarang maklumat berkaitan Lost World of Tambun anda boleh mengakses di website yang diberikan.

https://sunwaylostworldoftambun.com/

 

Address          : 1 Persiaran Lagun Sunway Sunway City 31150 Ipoh Perak

Contact No      : 05-55428888

 

 

Untuk kepelbagian penggunaan berkenaan lokasi tempat dan tempat penginapan sebaiknya membuat tempahan dan research untuk memudahkan perjalanan anda ketika bercuti.

Terima kasih

 

 

There are no products to list in this category.