Pantai Batu Buruk,Terengganu Bandaraya Warisan

 

Terengganu memang sudah dikenali sebagai bandaraya warisan pesisir pantai dan kalau mari ke bandar Kuala Terengganu, tak sah kalau tak singgah melepak di Pantai Batu Buruk. Pantai nilah yang paling popular di bandar KT. ini kerana ia terletak di kawasan yang strategik, berhampiran pusat bandar kuala Terengganu yang mempunyai pelbagai kemudahan awam yang lain termasuklah hotel-hotel berdekatan menyebabkan kawasan ini menjadi tumpuan pelancong kerana bukan sahaja dapat bersantai di kawasan pantai tetapi dapat melibatkan dengan aktiviti-aktiviti. Walaupun pantai ini bernama Batu Burok tapi pantai ni bukan pantai jenis berbatu dan takde la buruk pun, cantik je persekitarannya

Bercuti ke Kuala Terengganu sememangnya beruntung kerana berdekatan dengan banyak pantai yang best untuk berekreasi dan bersantai petang sambil makan makanan santai orang Terengganu. Tapi sayang, majoriti pantai di Kuala Terengganu memang sangat-sangat tidak digalakkan untuk mandi manda kerana permukaan dasar pantai yang merbahaya dan ombaknya agak kuat. Kalau anda menginap di hotel dalam Bandar KT, pantai yang terdekat yang boleh anda datang untuk bersiar-siar di waktu petang ialah di Pantai Batu Buruk. Pantai ini memang sangat popular di kalangan warga KT untuk beriadah sama ada untuk makan-makan santai seperti satey ikan/ ikan celup tepung/ keropok, bersiar di pesisiran pantai, bawa anak ke taman permainan atau menaiki kuda.

 

 

 

Address906 Am Jln Pantai Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu, Malaysia

Phone+60 9-622 1410

 

Batu Burok Beach Resort

 

AddressKampung Mangkuk Penarik, 22120 Kampong Mangkok, Malaysia

Phone+60 9-624 5020

 

Vila-vila ini dibina tanpa menggunakan paku dan merupakan contoh seni bina Terengganu tradisional yang terbaik. Vila-vila ini menawarkan pemandangan laut, kolam renang atau taman dan dilengkapi dengan tab mandi kayu, beranda peribadi dan pancuran mandian hutan hujan. Terrapuri Heritage Village, Penarik berjarak 5 minit pemanduan dari kawasan perlindungan penyu dan perkampungan nelayan. Ia juga berjarak 1 jam pemanduan dari Tasik Kenyir dan 20 minit perjalanan dengan bot dari Pulau Bidung. Waktu tengah hari yang cerah boleh diluangkan di kolam renang luaran atau dengan urutan yang menenangkan di dalam vila. Pilihan aktiviti riadah yang lain termasuk sebuah perpustakaan dan lawatan memancing serta menyelam yang boleh diatur oleh meja tempahan lawatan.

 

 

 

 

 

 

 

 

Pantai yang wajib anda tahu di KEDAH

Jangan tak percaya, KEDAH mempunyai pantai yang menarik. Cuba tengok nih:

 

moonaz langkawi

  • Pantai Cenang – Sebuah pantai di Pulau Langkawi yang paling popular dikalangan pelancong dan mempunyai banyak tarikan aktiviti.
  • Pulau Langkawi – Pulau lagenda yang boleh dikatakan pulau pelancongan yang paling popular di Malaysia yang menawarkan pelbagai tempat menarik yang sesuai untuk percutian bersama keluarga atau ketika berbulan madu.
  • Pantai Tengkorak – Pantai di Pulau Langkawi yang agak kurang popular kalau dibandingkan dengan Pantai Cenang. Namun ianya tetap satu destinasi yang cantik dan lebih menjanjikan ketenangan.
  • Pantai Murni – Tempat menarik tepi pantai yang sangat sesuai untuk berekreasi bersama keluarga dan terletak tidak jauh dari pekan Yan .
  • Pulau Sayak – Kawasan rekreasi di Kuala Muda yang sangat popular dengan mee udangnya.Di sini, pengunjung juga boleh menikmati air sambil menikmati keindahan matahari terbenam.
  • Pantai Merdeka – Sebuah pantai peranginan yang popular di Sungai Petani dan sering menjadi pilihan orang Penang atau Perak yang inginkan percutian yang tenang. Terdapat beberapa buah chalet dan resort untuk penginapan.
  • Tanjung Dawai – Kawasan perkampungan nelayan tepi pantai yang terkenal dengan hasil laut dan juga restoran yang menyediakan makanan seafood.

Jangan lupa bila nak pergi ke pantai, dapatkan baju renang yg bersesuaian. Cantik bila ambil gambar nanti. Boleh didapati di Moonaz Swimming Attire.

 

There are no products to list in this category.